14 December 2010
4 bot setiap daerah hadapi banjir
PENDANG - Kerajaan Negeri akan membekalkan empat bot di setiap daerah sebagai persediaan menghadapi bencana alam seperti banjir pada masa hadapan.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, cadangan itu dipersetujui dalam mesyuarat Exco sebelum ini sebagai bantuan tambahan kepada pihak pentadbiran daerah bagi memastikan bantuan kepada mangsa bencana alam dapat dilaksanakan lebih berkesan.
Menurutnya, pada permulaan bot itu tidak dilengkapi enjin sangkut kerana Kerajaan Negeri belum mempunyai peruntukan.
“Jika ada rezeki lebih, kita akan melengkapkan kesemua bot itu dengan enjin sangkut, sekali gus melancarkan lagi urusan membantu mangsa bencana alam dengan lebih berkesan.
“Kesemua bot itu akan diserahkan kepada majlis daerah di kawasan masing-masing untuk dijaga dan diselenggara,” katanya.
Azizan turut meminta Majlis Ketua Kampung (MKK), Pejabat Daerah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengadakan mesyuarat lebih awal untuk membuat persediaan rapi menghadapi sebarang kemungkinan.
Menurutnya, semua pihak tidak sewajarnya menunggu saat akhir untuk membincangkan perkara itu memandangkan persediaan awal dapat membantu Kerajaan Negeri merangka pelan terbaik menangani impak akibat bencana alam.
“Pada masa sama, Kerajaan Negeri akan memastikan pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan tidak memberi impak negatif.
“Ketika banjir besar baru-baru ini, kebanyakan tempat dinaiki air dengan cepat disebabkan pembangunan yang tidak terkawal sehingga sistem perparitan tidak sempurna,” katanya.[Sinar Harian]
13 December 2010
'Seumur hidup saya, inilah kali pertama MB mai Kubor Panjang'

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
PENDANG – Kini giliran penduduk sekitar daerah Pendang menemui insan-insan penting dalam pentadbiran kerajaan negeri iaitu Exco dan ADUN melalui Program Mesra Rakyat Daerah Pendang.
Program bersama rakyat bagi menyelami masalah rakyat diadakan di Dewan Serbaguna Kubor Panjang, di sini.
Dalam ribuan penduduk yang hadir, terdengar suara-suara mengatakan bahawa selama 48 tahun mereka tinggal di situ, inilah kali pertama Menteri Besar turun padang melawat mereka dan peluang ini digunakan sepenuhnya untuk melihat dengan sendiri ketua pentadbiran kerajaan negeri.
“Sejak aku tujuh tahun, sampai sekarang, hari ni baru Menteri Besar mai sini, tak kira mana-mana Menteri Besar,” ujar seorang pak cik.
“Selalunya kami tengok dalam gambar saja muka ini (sambil menunjukkan gambar Menteri Besar pada booth pameran), hari ni dapat lihat orangnya,” ujar seorang penduduk Siam yang menetap di Pendang sejak dilahirkan, dan kini berusia 35 tahun.
Di kesempatan tersebut, penduduk datang beramai-ramai berkumpul melihat dengan lebih dekat Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan, Exco-Exco dan ADUN-ADUN.
Program yang bermula seawal jam 9 pagi dipenuhi dengan pelbagai program yang menarik yang melibatkan pemimpin dan rakyat.
Walaupun dalam keadaan pada sebelah paginya, penduduk tidak putus-putus datang. Sebelum menunggu ketibaan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan, penduduk berpeluang melihat pameran-pameran yang disediakan oleh jabatan-jabatan kerajaan dan bukan kerajaan.
Penantian selama 48 tahun bagi mendengar ucapan Menteri Besar dinantikan dengan penuh sabar, di mana khemah-khemah yang disediakan kepada penduduk telah penuh hingga ada di antara mereka yang sanggup berdiri dan duduk di atas jalan atau rumput sahaja.
Maka, sudah semestinya perasmian bagi program ini dilaksanakan oleh Ustaz Azizan sendiri dengan ucapan mengenai pembangunan dan agenda kerajaan yang sedang dan telah dilaksanakan bagi kesejahteraan rakyat.
Beliau turut menyampaikan geran tanah, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta sumbangan peralatan sekolah kepada penduduk sekitar daerah Pendang.
Selesai sudah perasmian, penduduk turut diraikan dengan jamuan tengahari.
Setelah pemimpin dan rakyat berehat seketika bagi menunaikan solat Zohor, Menteri Besar bersama barisan Exco serta wakil rakyat menuju ke destinasi yang dirancangkan bagi menemukan penduduk dengan pemimpin dengan lebih dekat serta menyelami masalah dihadapi penduduk.
Rombongan Menteri Besar dibawa melawat pembangunan tanah sawah terbiar bagi projek penanaman, pengeluaran dan pemasaran produk markisa di Kampung Hujung Ketun, Mukim Padang Kerbau, di sini.
Exco Pertanian, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dan Exco Pembangunan Usahawan, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad dibawa melawat projek tanaman salak di Kampung Sawa Besar.
Manakala Exco-Exco serta wakil rakyat lain dibawa melawat rumah-rumah penduduk yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sedikit sumbangan kerajaan negeri. Walaupun ianya tidak seberapa, namun sedikit-sebanyak dapat menggembirakan mereka.
Apa yang menariknya, terdapat Exco yang tidak diiringi dengan kereta rasmi kerajaan, mereka membonceng motosikal bagi menuju ke rumah yang ditetapkan. Menurut ketua kampung, dengan cara ini mereka dapat melihat sendiri struktur jalan yang teruk, di mana penduduk menggunakannya sebagai penghubung jalan.
Bersesuaian dengan program mesra rakyat, sukaneka turut diadakan kepada penduduk dan perlawanan bolasepak diadakan pada jam 5.00 petang antara pasukan veteran Hijau Kuning dan Pilihan Pendang.

No comments:
Post a Comment